Pages

Sunday 30 June 2013

Ketahui Tempat Tinggal JIN & SYAITAN


Musuh utama manusia ialah syaitan syaitan sumpahnya dihadapan Allah untuk menyesatkan mereka semua dan bersama-samanya di neraka. Adakah anda mengetahui di manakah tempat tinggal musuh utama anda itu ? perbincangan kali ini akan menerangkan tempat-tempat kegemaran syaitan agar kita berhati-hati. Antara tempat-tempat kekusaan syaitan ialah :



1. Tempat buang air besar dan kecil


Dalam hadits Zaid bin Arqam r.a, dan selainnya yang diriwayatkan oleh Ahmad (4/373), Ibnu Majah (296), Ibnu Hibban ( 1406), Al Hakim (1/187) dan selainnya bahwa Rasulullah Saw, bersabda :



إِنَّ هَذِهِ الْحُشُوشَ مُحْتَضَرَةٌ ، فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ



” Sesungguhnya tempat-tempat buang hajat ini dihadiri (oleh syaitan ), maka jika salah seorang dari kamu hendak masuk kamar mandi (WC), ucapkanlah “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan.”





الْخُبُثِ adalah syaitan laki-laki dan الْخَبَائِثِ adalah syaitan perempuan. Demikian banyak orang yang terkena gangguan jin adalah di tempat-tempat buang hajat.


2. Lembah-lembah. Sesungguhnya jin dan syaitan ditemukan di lembah-lembah dan tidak ditemukan di pergunungan. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/33) :




“Lembah-lembah adalah tempatnya kaum jin syaitan sesungguhnya mereka lebih banyak ditemukan di lembah-lembah daripada di dataran tinggi.”


3. Tempat pembuangan sampah dan kotoran.




Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah dalam “Majmu Fatawa” (19/41) : “( Para Syaitan) ditemukan di tempat-tempat bernajis seperti tansad, tempat sampah, kotoran serta perkuburan.”


4. Kandang unta.




Dalam hadits Abdullah bin Mughaffal r.a berkata, bersabda ..Rasulullah Saw:



صَلُّوا فِى مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَلاَ تُصَلُّوا فِى أَعْطَانِ الإِبِلِ فَإِنَّهَا خُلِقَتْ مِنَ الشَّيَاطِينِ



” Solatlah kamu di kandang-kandang kambing dan janganlah kamu solat di kandang-kandang unta kerana sesungguhnya unta itu diciptakan dari syaitan.” (HR. Ahmad (4/85), Ibnu Majah (769) dan Ibnu Hibban (5657) dan selainnya).



Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah sebagaimana yang disebutkan di dalam “Majmu Fatawa” (19/41) ketika menjelaskan tentang penyebab dilarangnya shalat di tempat peristirahatan unta. Yang benar bahwa penyebab (dilarangnya shalat) di kamar mandi, tempat peristirahatan unta dan yang semisalnya adalah kerana itu adalah tempat-tempat para syaitan.


5. Tanah Perkuburan.




Telah datang dari hadits Abu Said Al Khudri r.a bahwa Rasulullah Saw, bersabda:



الأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلاَّ الْمَقْبَرَةَ وَالْحَمَّامَ



” Permukaan bumi itu semuanya masjid (harus dijadikan tempat untuk solat) kecuali tanah perkuburan dan kamar mandi.” (HR. Ahmad (3/83), Abu Daud (492), Tirmidzi (317), Ibnu Hibban (1699), Al Hakim (1/251) serta yang lainnya).


6. Tempat yang ditinggalkan kosong.




Diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam “Al Adab Al Mufrad” (579) dari Tsauban r.a berkata : Rasulullah Saw, berkata kepadaku :



لا تسكن الكفور فإِن ساكن الكفوركساكن القبور



” Janganlah kamu tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman kerana tinggal di tempat yang jauh dari pemukiman itu seperti tinggal di perkuburan.”



Hadits ini hasan. Berkata lebih dari satu ulama bahwa Al Kufuur adalah tempat yang jauh dari pemukiman manusia dan hampir tidak ada seorang pun yang lewat di situ. Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sebagaimana yang disebutkan dalam “Majmu Fatawa” (19/40-41) ketika berbicara tentang jin : “Oleh kerana itu, (para syaitan) banyak ditemukan di tempat yang telah rosak dan kosong.”


7. Lautan




Dalam hadits Jabir r.a berkata : Bersabda Rasulullah Saw :



إن إبليس يضع عرشه على البحر ثم يبعث سراياه



” Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan dalam riwayat lain di atas air dan kemudian dia pun mengutus pasukannya.(HR. Muslim: 2813).



Dan juga datang dari hadits Abu Musa radiyallahu ‘anhu yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan yang lainnya dan hadits ini shahih. Sebagian ulama menyebutkan bahwa lautan yang dimaksud adalah samudera “Al Haadi” kerana di sanalah tempat berkumpulnya semua benua.


8. Di dalam lubang.




Telah datang hadits Ibnu Sarjis r.a dia berkata: bersabda Rasulullah Saw :



لايبلون أَحدكم في الجحر



” Janganlah salah seorang diantara kamu kencing di lubang…”



Mereka berkata kepada Qatadah: “Apa yang menyebabkan dibencinya kencing di lubang?”, dia berkata : “Disebutkan bahwa itu adalah tempat tinggalnya jin”. Hadits ini dikeluarkan oleh Ahmad (5/82), Abu Daud (29), An Nasaai (34), Al Hakim (1/186) dan Al Baihaqi (1/99). Lebih dari satu ulama yang membenarkan bahwa Qatadah mendengar dari Abdullah bin Sarjis r.a,. Lihat kitab “Jami’ At Tahshiil.”

Hadits ini disahihkan oleh Al Walid Al Allamah Al Wadi’i dalam “Ash Shahih Al Musnad Mimma Laisa fii Ash Shahihain” (579).


9. Tempat-tempat kesyirikan, bid’ah dan maksiat




Para syaitan ditemukan di setiap tempat yang di dalamnya manusia melakukan kesyirikan, bid’ah dan kemaksiatan. Tidaklah dilakukan kebid’ahan dan penyembahan kepada selain Allah SWT.


10.Rumah-rumah yang di dalamnya dilakukan kemaksiatan




Rasulullah Shallallohu ‘alaihi wasalla, bersabda :



أن الملائكة لا تدخل بيتا فيه كلب ولا صورة



” Sesungguhnya malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar.” (HR. Al Bukhari: 3226 dan Muslim : 2106 dari hadits Abu Thalhah dan Aisyah Radhiyallahu ‘anhuma dan datang pula dari para sahabat yang lain).



Jika malaikat tidak masuk ke dalam rumah, maka syaitanlah yang masuk adalah syaitan kerana malaikat adalah tentera-tentera Allah Subhaanahu wata’ala yang diutus untuk menjaga kaum mukminin dan menolak kemudaratan dari mereka. Termasuk kebodohan adalah jika seorang muslim mengusir malaikat dari rumahnya yang menyebabkan masuknya jin dan syaitan ke dalamnya. Maka makmurkanlah rumah itu dengan dzikir kepada Allah Subhaanhu wata’ala, ibadah, dan membaca Al Qur’an. Rasulullah Saw, bersabda :



لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة



“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu sebagai pekuburan kerana sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan Surat Al Baqarah.” (HR. Muslim (780), Ahmad (2/337), Tirmidzi (2877) dan selainnya).


11.Pasar-pasar




Telah datang dari Salman r.a, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (2451) dan selainnya berkata :



لا تكونن إن استطعت أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها فإنها معركة الشيطان وبها ينصب رايته



” Janganlah engkau menjadi orang pertama yang masuk pasar jika engkau mampu dan jangan pula menjadi orang paling terakhir yang keluar darinya pasar kerana pasar itu adalah tempat peperangan para syaitan dan disanalah dipacak benderanya.”



Ucapan ini memiliki hukum marfu (disandarkan kepada Rasululla Saw, pen). Yang dimaksud dengan ا لمعر كة dalam kata ” معركة الشيطان ” adalah tempat peperangan para syaitan dan mereka menjadikan pasar sebagai tempat perang tersebut kerana dia mengalahkan mayoritas penghuninya disebabkan kerana mereka lalai dari dzikrullah dan gemar melakukan kemaksiatan.



Dan ucapannya ” وبها ينصب رايته ” (dan dengannya dipasang benderanya), merupakan isyarat ditemukannya para syaitan untuk mengadu domba sesama manusia.



Oleh kerana itu, pasar merupakan tempat yang dibenci oleh Alla Subhaanahu wata’ala. Rasulullah Saw bersabda:



أ حب البلا د إلى الله مساجدها وأبغض البلا د إلى الله أ سواقها



” Tempat yang paling disukai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar.”



Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim (671) dan selainnya dari hadits Abu Hurairah r.a. Demikianlah para syaitan berkumpul di tempat-tempat yang di dalamnya gemar dilakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran.


12.Jin dan para syaitan berkeliaran di jalan-jalan dan lorong-lorong. Dalam hadits Riwayat Bukhari (3303) dan Muslim (2012) dari Jabir r.a, bahwa Rasulullah Saw bersabda :




إذا كان جنح الليل فكفوا صبيانكم فإن للجن انتشارا وخطفة وأطفئوا المصابيح عند الرقاد فإن الفويسقة ربما اجترت الفتيلة فأحرقت أهل البيت



” Jika telah datang malam, maka cegahlah anak-anak kamu untuk keluar kerana sesungguhnya jin itu berkeliaran dan melakukan penculikan. Matikan lampu di saat tidur kerana sesungguhnya binatang jahat ( seperti tikus) itu kadang menarik sumbu lampu sehingga membakar penghuni rumah tersebut”.

KENALI AJARAN SYIAH DAN BAHAYANYA SYIAH KEPADA UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA.

Saya percaya, masih ramai di kalangan kita yg masih belum tahu apa itu Syiah & ajaran2 syiah dengan secara mendalam..

Saya juga percaya yg ramai hanya pernah dgr org sebut2 "Syiah" di TV, blog & akhbar, tp setakat tahu sepintas lalu je...

Jadi, sebagai seorang Muslim ASWJ yg mencintai Nabi Muhammad, Ahli keluarga serta Sahabat² Rasulullah, apa salahnya kita mengambil sedikit masa di sini untuk sama2 mengenali secara lebih detail apa itu SYIAH sebenarya..

Mungkin dengan topik ini, ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan serta peringatan yg berguna...


Di sini...saya sertakan beberapa rujukan serta video² yg saya percaya, anda akan paham 100% apa itu Syiah selepas anda tonton & baca....

1 - Pendahuluan :


Semenjak kebelakangan ini, pengaruh ajaran sesat Syiah Imamiyyah / Ja'fariyyah yang berpusat di Iran semakin berkembang di negara ini. Padahal ajaran itu sudah difatwakan sebagai ajaran sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bertentangan dengan amalan di Malaysia yang berpandukan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Hasil penyelidikan, markas Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi markas ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh JAKIM, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Hasilnya, lahirlah beberapa tokoh profesional Syiah di kalangan keluarga berpengaruh, pensyarah agama, kelompok profesional, pakar perubatan sehinggalah golongan guru termasuk guru agama sekolah

Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka yang kini melebihi 20,000 orang. JAKIM mendedahkan terdapat usaha mengedarkan buku-buku dan risalah-risalah ke seluruh negara. Setiap bungkusan pengedaran bahan terbitan tersebut disertakan cap pengirim atas nama Majlis Syiah Malaysia yang beralamat di Johor. Sungguh berani mereka ini! Tambahan, kehadiran pendatang asing dari negara Arab dan Afrika telah menguatkan lagi penyebaran fahaman ini.

Seharusnya JAKIM, Jabatan Agama Negeri, pihak berkuasa bersama-sama Kementerian Dalam Negeri dan juga semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira latar belakang fahaman politik perlu bekerjasama dalam menangani penyebaran ajaran Syiah ini

Bermacam-macam ancaman kepada umat Islam di Malaysia, tapi orang kita masih tak tahu.. atau kita buat-buat tak tahu, atau memang tak nak amik tahu?

2 - Mari kita kenali apa itu syiah

Sila ambil masa anda 2-3 jam...saya percaya, anda akan 100% paham selepas melihat video2 ini :

1.seminar syiah satu pembohongan:-



2. Mengenali ajaran syiah:-

                                   


3 - penerangan Syiah


dr.asri



                                   



Syiah Melayu Mahu Agung Iktiraf Mereka
                                 


4 - kenali amalan, ajaran & Kesesatan Syiah


solat syiah


ajaran mencederakan badan




5 - Pembongkaran Ajaran Syiah Di Malaysia




jais serbu kubu syiah



6 - Sila ambil masa anda..video 52 Minit..saya yakin 100%, anda akan paham mengenai Syiah, Iran & penipuan² mereka..


7 - Peringatan


Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini kelihatan pada orang² yg anda sayang serta di sekeliling anda...

* Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar
* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.
* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.
* Sujud di atas batu Karbala ketika solat.



* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.
* Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
* Memarahi orang yang puasa Asyura.
* Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (imam mahdi).

* Menggantung gambar² seperti di bawah ni di dalam rumah/bilik tidur/tempat sembahyang :


Gambaran Imam 12 ajaran Syiah


Gambaran Saidina Ali


Khomeini


UAI- macam mana nak kenal SYIAH





8 - Selepas anda sudah membaca & menonton semua input2 di atas...bolehlah tonton video ini untuk kesimpulannya..

Zaman Berakhir! Dajjal Hampir Keluar


9 - Penutup


Secara kesimpulannya..tujuan artikel ini bukanlah untuk menaikkan kebencian terhadap Syiah, tp untuk sebagai peringatan dalam segi hal akidah kita semua...

Mungkin ada yg masih beranggapan Syiah itu Islam, hanya berbeza mazhab. Sebenarnya Syiah bukan mazhab, ia adalah agama.

Kita tahu siapa yg mengucap 2 kalimah syahadah adalah Islam, dan kalimah syahadah tiada berbeza.. tp Syiah berbeza dan tidak sama dengan kita (ASWJ)..

Jadi, bila syahadah berbeza, akidah berbeza, secara ringkasnya SYIAH = KAFIR

Fikir² kan lah....jangan sampai ada keturunan anda tergolong & terbabit dengan ajaran Syiah ni...Semoga Allah melindungi ASWJ di Malaysia ni dari fahaman Syiah....sama² lah kita beringat..jangan sampai ia terus berkembang...


Ada yg masih kurang jelas dengan Syiah ini ?


Percayalah wahai Ahli Sunah Waljamaah semua..TIDAK ADA SATU PUN AGAMA DI ATAS PLANET NI YG MENGHALALKAN PENIPUAN DALAM BERAGAMA KECUALI SYIAH...oleh itu..jangan mudah terpengaruh ye apabila didatangi golongan Syiah yg ingin mengajak anda mempercayai ajaran mereka..sesungguhnya mereka mmg hebat di dalam menipu bersandiwara & kaki putar belit apabila bercakap, especialy bab2 agama...


Kalau di Batu Caves, kita ada perayaan Thaipusam yg ada ritual mencederakan diri. Jika ajaran Syiah di Malaysia ini tidak dibendung dengan sekeras² nya, saya percaya, dalam 20-30 tahun akan datang, ramai anak2 muda akan berarak di Dataran Merdeka sempena 10 Muharram sambil mencederakan diri...adakah ini yg kita mahu ?


Renungkan2 lah..selamat beramal di jalan Allah, Al-quran serta Nabi Muhammad S.A.W...Wallahualam...

INFO---Muzium Padi Kedah




BAGI mereka yang merancang untuk bercuti di negeri jelapang padi, Kedah, jangan lupa singgah di Muzium Padi yang terletak di kaki Gunung Keriang iaitu kira-kira lapan kilometer dari bandar Alor Setar.

Kunjungan anda ke muzium itu yang dibina berasaskan bentuk ‘gemal padi' iaitu serumpun padi yang telah dikerat dan diikat bersama pasti menjanjikan kepuasan.

Ini kerana, selain menyajikan pelbagai maklumat berkaitan padi, pengunjung juga berpeluang menikmati pemandangan indah Gunung Keriang dan sawah padi yang melatari pemandangan muzium itu sendiri.

Malah, panorama seluruh kawasan Gunung Keriang turut dilukiskan di atas mural sepanjang 103 meter dan tinggi 10 meter di dalam muzium tersebut.

Lukisan mural itu memberikan maklumat tentang penanaman padi iaitu daripada proses membajak hinggalah hasil tanaman dituai.

Bagi golongan muda dan penduduk bandar, mereka pasti teruja melihat pelbagai jenis alat penanaman padi tradisional yang digunakan pesawah dahulu sebelum penggunaan mesin diperkenalkan di negara ini.

Antaranya ialah tenggala, penyisir, tenggiling belangkas dan tenggiling belimbing, kuku kambing dan set pemukul padi.

Setelah selesai melawat ketiga-tiga aras muzium, pengunjung berpeluang membeli buah tangan seperti cenderamata dan makanan tradisional contohnya kuih karas, putu beras dan baulu yang dijual di kedai muzium di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Ketua Unit Muzium Padi, Mohd. Zahari Saud berkata, muzium yang mula dibuka kepada orang ramai pada 10 Oktober 2004 itu memberi banyak pengetahuan kepada pengunjung mengenai proses penanaman padi dan peralatan yang digunakan.

“Jika anda mahu mengenali Kedah, negeri yang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi, datang ke Muzium Padi yang pasti memberi pendedahan terperinci berkaitan padi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Karnival

Menurutnya, tidak ramai yang tahu tentang peralatan tradisional yang digunakan pesawah dahulu.

Di Muzium Padi pengunjung boleh melihat sendiri alat penanaman padi yang kini tidak lagi ditemui kerana pesawah moden sudah menggantikannya dengan mesin canggih.

“Di sini, kita boleh tahu kepayahan orang dahulu menanam padi untuk mendapatkan beras berbanding masa kini yang jauh lebih mudah,” jelasnya.

Kata Mohd. Zahari, bagi merancakkan lagi aktiviti di Muzium Padi, pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah mengadakan Karnival Muzium Padi dari 27 September hingga 6 Oktober lalu dengan sasaran pengunjung seramai 100,000 orang.

“Sepanjang karnival ini, kita adakan persembahan artis terkenal, pembukaan pelbagai jenis gerai pameran, jualan dan aktiviti sukan bendang,” ujarnya.

Paling menarik adalah sukan bendang kerana pengunjung boleh menyertai pelbagai acara antaranya, polo bendang, menangkap ikan, menangkap itik, menanggung padi dan larian terpantas.

“Ini tahun kedua karnival itu diadakan dan kita mungkin akan anjurkannya sebagai acara tahunan jika terus mendapat sambutan baik daripada pengunjung,” katanya.

Tambah Mohd. Zahari, selain pengunjung tempatan, muzium itu turut terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong antaranya dari Thailand, Singapura dan Myanmar.

Seorang guru Tabika Kemas Kampung Paya Pulau Dudur, Jitra, Rosma Ibrahim, berkata, setiap tahun dia akan membawa pelajarnya melawat ke Muzium Padi bagi mendedahkan mereka tentang proses penanaman padi dengan lebih dekat.

“Ramai yang hanya tahu makan nasi sahaja, tetapi tidak tahu proses dan alat penanaman padi sebelum ia menjadi beras.

“Dengan lawatan ini, mereka akan lebih faham kerana di sini ada banyak gambar menunjukkan proses dan musim penanaman padi yang menarik,- kosmo


sumber kosmo

Friday 28 June 2013

6 Kelebihan Hari Jumaat Penghulu Segala Hari


ASSALAMUALAIKUM, hari jumaat adalah hari yg paling istemewa bagi setiap umat islam kerana pada hari inilah banyak kebaikkan yang diperolehi oleh umat islam.

Disini ada 6 kelebihan Jumaat yang di senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang dan lebih bertaqwa kepada Allah S.W.T

1. Berlakunya hari kiamat.

Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Hidupan Laut Yang Bahaya..Ada Yang Boleh Membawa Maut...WATCH OUT

Seperti Yang Kita Sedia Maklum, Jerung Adalah Hidupan Marin Yang Paling Digeruni Di Laut. Tetapi Tahukah Kita Bahawa Masih Terdapat Hidupan Marin Yang Lain Yang Juga Berbahaya. Ada Diantaranya Nampak Simple & Comel Je Tetapi Mempunyai Bisa Yang Cukup Dasyat. Bisa, Sengat, Gigi Yang Tajam, Semuanya Ini Adalah Senjata Bagi Hidupan Ini Untuk Mempertahanan Diri Mahupun Digunakan Untuk Mencari Makan. Di Bawah Ni Ada Serba Sedikit Gambar & Penerangan Tentang Hidupan-Hidupan Ini.

Ikan Pari






Ikan Pari Banyak Terdapat Di Perairan Tropika, Boleh Di Temui Di Kawasan Laut Dalam Hinggalah Ke Kawasan Pantai. Terdapat Banyak Jenis Ikan Pari Seperti Yang Kita Ketahui, Namun Sebilangan Daripada Ikan Pari Ini Mempunyai Sengat Yang Sangat Berbisa Yang Terdapat Pada Bahagian Ekor Ikan Ini. Ikan Pari Biasanya Menyembunyikan Dirinya Di Dalam Pasir Atau Lumpur Di Dasar Laut, Jadi Apabila Terpijak Ikan Pari Ini, Dengan Serta Merta, Sengatnya Itu Diangkat Dan Akan Menusuk Kaki Orang Yang Memijaknya. Ianya Akan Menyebabkan Rasa Sakit Yang Teramat Sangat Dan Akan Menjadi Semakin Teruk Jika Tidak Diubati Dengan Segera.


Ikan Todak







Ikan Todak Sering Dilihat Berlegar Di Permukaan Laut. Ianya Mempunyai Paruh Yang Panjang Serta Mempunyai Gigi Yang Sangat Tajam Untuk Digunakan Untuk Menusuk Dan Melumpuhkan Mangsanya. Ada Yang Mengatakan Gigi Todak Ini Lebih Seram Daripada Gigi Buaya. Luka Yang Teruk Akan Diperolehi Jika Digigit Oleh Ikan Ini.

Ikan Buntal






Ikan Buntal Juga Banyak Terdapat Di Perairan Tropika. Ikan Ini Terkenal Bagi Kalangan Kaki Pancing Dengan Perangainya Yang Suka Mencuri Umpan Serta Suka Memutuskan Tali Pancing. Ikan Ini Berupaya Mengembungkan Badannya Dengan Tujuan Untuk Menakutkan Ikan Pemangsa Seolah-Olah Ianya Terlalu Besar Untuk Dimakan. Ikan Buntal Mempunyai Racun Yang Sangat Berbahaya (Tetrodotoxin) Pada Organ Dalaman Mereka. Sejumlah Racun Boleh Dikeluarkan Melalui Tubuh Ikan Ini. Jadi Apabila Terpegangya Segeralah Mencuci Tangan.


Belut Moray / Sesirat





Ada Beberapa Jenis Belut Laut Yang Hidup Diperairan Kita, Salah Satunya Yang Paling Dibenci Oleh Para Pemancing Ialah Belut Moray Atau Nama Tempatannya Sesirat Kerana Sering Memakan Pancing. Belut Ini Kalo Memakan Umpan Hampir Tidak Kita Sedari, Bila Joran Diangkat Rasa Seperti Tersangkut. Badan Belut Ini Sangat Berlendir Dan Suka Melilitkan Badannya Pada Tali Pancing. Berhati-Hati Terhadap Belut Ini, Kerana Ianya Mempunyai Taring Yang Tajam Dan Membengkok Ke Dalam. Ini Bererti Jika Jari Kita Digigit, Maka Agak Sukar Untuk Dilepaskan.


Scorpion Fish





Satu Lagi Ikan Yang Dapat Menyerang Kita Dengan Sengat Beracunnya Adalah Ikan Scorpion. Jangan Main-Main Dengan Ikan Ini Kerana Sengatannya Dapat Menyebabkan Kematian Jika Tidak Ditangani Dengan Segera. Ikan Ini Memiliki Sengat Yang Banyak Di Bahagian Kepalanya Dan Juga Pada Siripnya. 


Bristle Worm





Bristle Worm Adalah Sejenis Cacing Yang Hidup Di Laut, Mereka Memliki Banyak Bulu Setajam Jarum Dan Beracun. Ianya Berenang Dengan Cara Mengeliatkn Dirinya Di Dalam Air, Tetapi Lebih Sering Berpindah Dengan Cara Menghanyutkan Dirinya Dengan Arus Pasang Surut. Cacing Ini Dapat Membuka Mulutnya Dengan Lebar Dan Boleh Menelan Makanan Sebesar Tubuhnya Sendiri. Ini Bermakna Ianya Juga Boleh Memakan Umpan Pancing Kita. Jika Kebetulan Memperolehi Ikan Ini, Jangan Sesekali Memeganya Tanpa Pelapik Pada Tangan. Ini Kerana Bulu-Bulu Halus Cacing Ini Dapat Menusuk Kulit Yang Akan Menyebabkan Rasa Sakit Yang Teramat Sangat.


Mahkota Berduri





Mahkota Berduri Ini Berwarna Biru-Kelabu Dengan Jejari Hujung Bewarna Oren Kekuningan. Ianya Mudah Dijumpai Dicelah-Celah Batu Dan Karang. Boleh Membesar Sehingga Diameter 60cm Dan Mempunyai Sehingga 16 Lengan. Di Bahagian Lengan Hidupan Ini Terdapat Duri Tajam Yang Boleh Menyebabkan Kesakitan Kepada Sesiapa Yang Menyentuhnya. Bukan Sahaja Durinya Yang Beracun, Malah Badannya Juga Diliputi Dengan Lendir Yang Boleh Menyebabkan Keradangan Atau Kegatalan Pada Kulit Manusia.


Landak Laut





Landak Laut Ini Mudah Dijumpai Di Kawasan Berpasir, Berbatu Atau Berkarang. Dari Permukaan Air Ianya Dilihat Seperti Rambut-Rambut Halus Yang Tidak Merbahaya. Tetapi Awas, Kerana Benda Yang Kelihatan Seperti Rambut Itu Tadi Sebenarnya Adalah Duri Yang Sangat Tajam Dan Sangat Mudah Untuk Menembusi Kaki Manusia Jika Terpijaknya.


Ikan Depu





Sekali Dilihat Ianya Seakan-Akan Ikan Kerapu. Tetapi Sebenarnya Inilah Ikan Depu. Ianya Bewarna Coklat Dan Mempunyai Kulit Yang Agak Kasar. Suka Bersembunyi Di Dalam Lumpur, Karang Dan Batu-Batuan. Senjatanya Ialah Mempunyai Duri Yang Tajam Dan Berbisa Yang Terdapat Di Bahagian Sirip Belakang.


Cone Shell





Kebiasaanya Keluarga Cone Shell Ini Mempunyai Warna Yang Garang. Mempunyai Cengkerang Berbentuk Kon Yang Cantik, Bertompok-Tompok Kekuningan Dan Berlatar Belakangkan Warna Hitam. Biasanya Ianya Terdapat Di Kawasan Dasar Laut. Jika Diganggu Ianya Akan Menyengat Dan Bisanya Boleh Menyebabkan Lumpuh Dan Kesakitan Yang Amat Sangat.


Fire Coral





Fire Coral Biasanya Bewarna Coklat Terang, Mempunyai Cabang Yang Licin Dan Bewarna Kekuningan. Ianya Kelihatn Cantik Untuk Dipandang, Tapi Hati-Hati Kerana Ianya Tidak Cantik Untuk Dipegang. Ini Kerana Di Setiap Cabang Fire Coral Ini Mempunyai Polip Yang Menyengat.


Stone Fish





Ianya Banyak Terdapat Di Perairan Tropika, Lautan Psifik Dan Lautan Hindi. Ianya Adalah Ikan Yang Sangat Hodoh Dan Mempunyai Kadar Bisa Yang Sangat Tinggi. Ikan Ini Menyimpan Racunnya Di Dalam Tetulang Di Badannya. Mangsa Yang Terkena Sengatannya Akan Mengalami Kesakitan Di Anggota Badan Sehingga Mematikan Tisu Dan Boleh Menyebabkan Lumpuh.

CARA-CARA MENGATASI MABUK LAUT


Cara-cara Mengatasi

  1. Sebelum Menyertai Sesuatu Trip Memancing, Pastikan Diri Anda Mendapat Tidur Yang Cukup (Minimum 5 Jam)
  2. Jangan Lupa Makan Terlebih Dahulu, Tapi Jangan Sampai Terlalu Kenyang. Jangan Makan Makanan Yang Mengandungi Minyak Yang Banyak. Apabila Sudah Makan Ianya Dapat Menghindarkan Perut Daripada Dimasuki Angin Yang Boleh Menyebabkan Mabuk.
  3. Ubat-ubatan Seperti Minyak Angin, Balm, Koyok, & Ubat Tahan Mabuk Juga Perlu Disediakan. Makanlah Ubat Tahan Mabuk 1/2 Jam Sebelum Memulakan Sesuatu Trip.
  4. Semasa Di Atas Bot, Badan Jangan Terlalu Membongkok Atau Melihat Ke Bawah, Ini Kerana Jika Keadan Itu Berlaku Ianya Juga Boleh Membuatkan Anda Cepat Merasa Mual Atau Loya, Cubalah Melihat Sesuatu Yang Jauh.
  5. Cuba Hindari Daripada Duduk Bedekatan Dengan Bahagian Enjin, Kerana Bau Asap Yang Terhasil Daripada Enjin Tersebut Juga Boleh Membuatkan Anda Mabuk.
  6. Bawalah Bekal Buah-buhan Segar Ataupun Jus Buah. Air 100 Plus Juga Mampu Membantu Mengeluarkan Angin Dari Badan.
  7. Satu Lagi Tip Yang Mungkin Dapat Membantu Adalah Dengan Cara Mendengar Muzik.
  8. Jika Tekak Sudah Mula Merasa Mual Atau Ingin Muntah, Sebaiknya Muntahkan Saja Kerana Ianya Akan Membuatkan Badan Anda Lebih Berasa Selesa.
  9. Apabila Cara-cara Di Atas Sudah Dilakukan Dan Masih Tidak Berkesan, Cara Yang Terbaik Adalah Dengan Kembali Ke Darat Dan Berjumpalah Dengan Doktor.

Cara-cara Memberi Pertolongan Kepada Mangsa Mabuk

Biasanya Kita Kurang Berminat Untuk Memberikan Pertolongan Kepada Rakan Yang Mabuk, Ianya Kerana Kita Bimbang Yang Kita Akan Turut Mabuk Apabila Membantu Mereka. Sepatutnya Menjadi Tanggungjawab Kita Memberikan Bantuan Kepada Mereka Yang Berada Dalam Situasi Itu. Sekurang-kurangnya Memicit Bahagian Tengkuknya Agar Muntahnya Dapat Keluar Dengan Lebih Lancar Dan Cepat Merasa Lega. Rakan Yang Mabuk Sudah Tentu Tidak Berdaya Untuk Bangun Atau Bergerak, Jadi Di Sini Ada Beberapa Cara Yang Boleh Membantu:-

  1. Mula-mula Anda Harus Membantu Mereka Agar Duduk Bersandar & Kemudian Picit Bahagian Tengkuk Serta Pangkal Telinga Dengan Perlahan-lahan.
  2. Mangsa Perlu Diberi Minum Air Masak/ Mineral Dengan Banyak Agar Dapat Melegakan Tekak Dan Perutnya. Malah Jika Perlu Air Tersebut Ditambahkan Dengan Gula Dan Garam Bagi Mengantikan Cairan Tubuhnya Yang Sudah Habis Keluar Bersama Muntah. Jika Ini Dilakukan, Ia Akan Lebih Cepat Segar.
  3. Dengan Cara Apapun Perut Harus Diisi, Ini Kerana Selepas Menerima Makanan Atau Minuman, Ia Akan Muntah Semula. Jadi Jangan Bimbang Kerana Ianya Adalah Satu Proses Rawatan Yang Perlu Dilakukan
  4. Rakan Yang Muntah Perlu Dielakkan Daripada Meneruskan Aktiviti Memancing Bagi Memulihkan Kesihatan & Kesegaran Tubuhnya.
  5. Langkah Terbaik, Rebahkan Mangsa Dalam Keadaan Separuh Berbaring Di Luar Kabin Atau Tempat Terbuka Bagi Membolehkan Mangsa Menghirup Udara Segar. Tetapi Ingat , Pastika Mangsa Tidak Menghirup Bau Asap Yang Keluar Dari Enjin Kerana Ia akan Lebih Memudaratkan.
  6. Usahakan Agar Rakan Tersebut Tidur Sehingga Dirinya Tersedar Sendiri, Insyaallah Mereka Yang Terkena Mabuk Laut Itu Akan Beransur Pulih Dan Dapat Meneruskan Aktiviti Memancing.

Okay..Selamat Mencuba & Semoga Ianya Membantu :-)

Thursday 27 June 2013

Dadah Paling Merbahaya Di Russia Menyebabkan Daging & Kulit Reput!


Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.
Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya.
Ia akan mula menghancurkan daging dari dalam dan perlahan-lahan, sampai ke permukaan kulit.Krokodil adalah istilah Russia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana, dadah itu akan memakan isi badan dan menjadikannya berlubang-lubang dan bersisik yang mana sekali pandang, kulit penagih akan menjadi macam kulit buaya.
Ia dibuat dengan campuran minyak tanah, asid hidroklorik dan fosforus merah. Sebaik memasuki sistem tubuh, Krokodil akan mula memcah pembuluh darah dan tisu badan mulai mati.Dalam tempoh hanya dua atau tiga bulan pengunaan, simptom seperti daging mati dan menjadi hitam akan mula dapat dilihat.
Ia mampu menukar seorang penagih menjadi zombie.Dadah ini banyak digunakan di Siberia. Disebabkan saiz negara itu yang terlalu luas, untuk pembasmian penyalahgunaan dadah menjadi satu perang yang tidak berkesudahan.Sikap kerajaan negara itu yang tidak memberikan peruntukan banyak kepada usaha pemulihan memburukkan lagi keadaan.
Video-video di bawah memaparkan beberapa kisah berkaitan dadah yang paling merbahaya di Russia itu dan mungkin yang paling bahaya di seluruh dunia.Salah satu video itu memperlihatkan bagaimana kaki seorang pengguna Krokodil dipotong kerana sudah mereput.


Wednesday 26 June 2013

KHASIAT MADU

Fungsi Madu Dan Peranannya.

- Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan

- Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.

- Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi

- Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

- Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.

- Sumber laxative yang natural dan lembut

- Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.

- Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan




NOTA:
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri



KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI




A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH



1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.

2. Memulihkan sel-sel urat besar.

3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.

4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.



1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.

2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.

3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.

4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



KELEBIHAN




1. BAYI/KANAK-KANAK:



a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.

b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.

c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.

d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.





2. REMAJA:



Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.



3. WANITA:



a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.

b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



4. LELAKI:



a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.

b) Menguatkan tenaga batin.



5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):



Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)



6. UNTUK SEMUA:



a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.

b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.

c) Memulihkan penyakit berpanjangan.

d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.

f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.

g) Memulihkan batuk dan lelah.

h) Menghindarkan badan letih dan lesu.

i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.

j) Baik untuk perempuan bersalin.

k) Membantu/menerangkan pemandangan.



CARA MENGGUNAKANNYA




1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.

2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.

3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.

4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)

5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.

6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.

7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.

8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.

9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



"MIRACLE ANTIBI0TIK"



KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH




Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......

disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan

dengan penuh yakln.


SAPULAH MADU JIKA ANDA

a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera

dan luka terlindung dari kuman.

b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan

lain-lain.

c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.

d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.



MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN



a) Makan bersama roti / biskut.

b) Bahan membuat kuih / kek.

c) Goreng atau panggang ayam.



KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU




A) IBU MENGANDUNG



1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung

dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.

2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,

kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.



B) ANAK DALAM KANDUNGAN



1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam

madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.

2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan

menguatkan janin.

3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh

kuasa dalam madu asli.

4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.

5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.



C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR



1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat

mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa

bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.

2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding

perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.

3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.

4. Mengelak dari kembung perut bayi.





D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK



1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta

mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.

2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.




CARA MENGGUNAKAN MADU:


Batuk : madu + limau nipis (diperah)


Menguatkan minda: madu + kismis


Menguatkan tulang: madu + susu anlene


Menyembuhkan luka dan melecur: sapukan pada luka

Lelah dan sesak nafas: madu + lebak putih (diparut dan diperah)


Pembersih muka: putih telur + limau nipis (diperah) + madu


Pelembap muka: kobis + madu


Melangsingkan badan: madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)


Tenaga batin: 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.


Wanita mengandung: 1 sudu teh madu 2 kali sehari

8 new roller coasters of 2013..Must Try

As amusement parks open for the season, many of them are debuting highly anticipated roller coasters. This summer, whether you’re a roller coaster fanatic or a novice along for the ride, expect thrills and chills as you spin, twist and dive on some of the wildest new coasters of 2013. 

1 Gatekeeper, Cedar Point, Ohio



Cedar Point, Sandusky, Ohio

Those who dare to take a ride on the Gatekeeper are in for an experience nothing short of heart-stopping. This record-breaking winged coaster positions two riders on either side of the track so the riders’ feet dangle as the coaster flips, twists, turns and dives. The coaster, which reaches an electrifying speed of 67 mph, features a harrowing 164-foot drop (the highest of any winged roller coaster in the world), six inversions (the most of any winged roller coaster in the world), a 360-degree in-line roll, a 180-degree rotation and much more.

Price: Adult single-day ticket purchased online starts at $44.99

2 El Loco, Adventuredome, Las Vegas



MGM Resorts International

This December, the adrenaline-pumping El Loco roller coaster will replace the original attraction, Rim Runner at the indoor amusement park, Adventuredome. The coaster will provide riders with a feeling of weightlessness as it barrels down a 70-foot drop that delivers a 1.5 negative vertical g-force. Along the coaster’s 1,300-foot track, riders will also experience a 45-degree outwardly banked turn, a barrel roll and a 180-degree twist, all within 75 seconds.

Price: Adult all day ride pass, $27.95

3 Hades 360, Mt. Olympus Water and Theme Park, Wisconsin



Mt. Olympus Water and Theme Park

Deemed the “world’s first upside-down, underground wooden roller coaster,” Hades 360 delivers powerful turns and high speeds (up to 70 mph) typically uncharacteristic for wooden roller coasters. The ride features a 360-degree upside-down loop, a 90-degree twist underground in complete darkness and a 110-degree over-banked turn. At one point, the coaster slowly climbs 162 feet and then dives 134 feet at a hair-raising angle of 65 degrees.

Price: Adult all day ticket pass, $39.99

4 Coast Rider, Knott’s Berry Farm, California



Knott's Berry Farm

The Coast Rider is a wild mouse-style roller coaster, meaning its track is flat and it lacks banking and inversions--but don’t let that fool you. The coaster still packs enough punch for a heart-racing experience with its max speed of 37 mph and its sharp and dizzying turns.

Price: Adult single-day ticket purchased online starts at $36.99

5 Outlaw Run, Silver Dollar City, Missouri



Silver Dollar City

Costing roughly $10 million to build, the wooden roller coaster, Outlaw Run, is an impressive feat on its own. The coaster overlooks the Ozark Mountains and incorporates a western stagecoach theme with a stagecoach depot station and stagecoach-like cars. As the coaster races up to 68 mph through upside-down twists, a double barrel roll and a 162-foot drop at 81 degrees, the intricate wooden panels supporting the track blend together.

Price: Adult one-day general admission, $58

6 Undertow, Santa Cruz Beach Boardwalk, California



Santa Cruz Beach Boardwalk

Set to premiere this summer (no specific date set yet), the Undertow will send riders spinning as they travel at speeds reaching 40 mph along the 1,410-foot track. The coaster features seven four-person spinning cars and because passenger size and weight determine the spinning pattern, each ride is a different experience. The coaster also features an 80-degree banked turn and a 360-degree carousel spin.

Price: All-day rides pass, $31.95

7 River Rush, Dollywood, Tennessee



Dollywood, Steven Bridges

Although not a roller coaster, Dollywood’s River Rush is just as suspenseful. The 1,176-foot water coaster reaches a height of four stories and features a 25-foot drop at a 45-degree angle. Riders climb onto a 4-person toboggan-style raft and are propelled around hairpin turns and launched through dark tunnels. As you travel through the rapids, expect to get wet.

Price: Adult Splash Country one-day ticket, $47

8 Gold Striker, California’s Great America



California's Great America

This summer seems to be the season of the wooden roller coaster, as the Gold Striker is yet another wooden roller coaster that blasts stereotypes out of the water. The coaster ride begins with a steady climb up a chain lift hill followed by a 103-foot dive through a tunnel, a 80-degree banked turn and a bunch of dizzying twists. The coaster reaches speeds of 53 mph and a height of 108 feet.


Budak Sekolah Sertai Pesta buih di KL...APA DAH JADI????

Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.


Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.


“Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan


“Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam,” katanya. -metro ahad-







Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang, pastikan ibu bapa tahu dimana anak anda berada..


Fantasi Isteri Apabila Dia Melakukan Hubungan Seks Dengan Anda



Fantasi Isteri Ketika Melakukan Hubungan Seks Dengan Anda - Setiap wanita mempunyai fantasi masing – masing ketika melakukan hubungan seks. Mereka rangsang diri mereka melalui fantasi yang berada di fikiran mereka. Fantasi bagi isteri anda ketika melakukan hubungan seks adalah kehendak dia iaitu sesuatu yang dia sangat inginkan dari anda. Jadi, mengetahui apa yang isteri anda fantasikan boleh membantu anda untuk mengetahui kehendak sebenar isteri anda diranjang. Apabila anda tahu kehendak sebenar isteri anda, sudah tentu lebih senang untuk anda memuaskannya.

Mengikut kajian, ada dua perkara utama yang selalu wanita fantasikan ketika melakukan hubungan seks iaitu:

Perkara pertama : Mereka fantasikan seluruh badan mereka di rangsang ketika hubungan seks
Ketika melakukan hubungan seks, isteri anda biasanya akan setkan (mindset) atau fantasikan di dalam minda mereka bahawa seluruh badannya di rangsang oleh anda. Mereka sangat inginkan seluruh badan mereka di sentuh, di cium dan di belai dengan kasih sayang. Oleh itu, anda lakukan apa yang perlu untuk rangsang seluruh badan isteri anda. Saya pasti jika anda berbuat demikian terhadap isteri anda, dia akan alami nikmat yang luar biasa. Usah gelojoh dan terburu-buru, lakukan dengan kelembutan dan penuh kasih sayang. Kunci utama adalah anda perlu tenang dan usah risau ketika melakukannya. Sikap yang tenang akan membawa anda untuk mudah melakukannya. Untuk melakukan hubungan seks yang klimaks, pastikan anda bermula perlahan dan sedikit demi sedikit tingkatkan kelangsungan tindakan anda. Rangsangan yang berjaya adalah bermula dari ‘gear 1′ hingga lah ke peringkat yang lebih tinggi. Anda tentu faham apa yang dimaksudkan disini.

Perkara kedua : Mereka fantasikan anda akan menyetubuhi mereka dengan bersungguh – sungguh
Apabila saat bermulanya hubungan seks, isteri akan fantasikan anda akan menyetubuhi dia sehingga dia letih dan tidak berdaya lagi. Jadi, sebelum melakukan hubungan seks, pastikan anda bersedia dan cukup rehat, dan stamina yang konsisten kerana ini adalah perkara yang di ingini isteri anda. Jika anda letih berehatlah atau tidur terlebih dahulu. Hubungan seks yang elok juga berlangsung pada pukul 2-3 pagi, pada ketika anda terjaga, kerana anda akan berasa segar disamping susana yang sunyi tanpa gangguan. Hargai setiap tubuhnya dan berikan belaian yang sepenuhnya untuk meningkatkan lagi keyakinannya. Keyakinan juga perlu ketika hubungan seks supaya isteri bersemangat untuk melakukannya. Hormon dalam badan akan bertindak balas dengan cepat bila keyakinan ada dalam hubungan seks itu, dan ini memberikan kebahagiaan kepadanya. Oleh itu, jika anda melakukan hubungan seks dan menyetubuhi isteri ana dengan bersungguh-sungguh, nikmat klimaks akan dapat dirasai bersama, dan memberikan impak yang diingkan olehnnya. Ramai suami gagal memahami situasi ini dan hal ini menyebabkan isteri berasa bosan, tertekan, resah, dan dingin kerana apa yang diingikan tidak dapat dipenuhi. Ramai isteri tidak untuk memberi tahu masalah mereka kepada suami kerana

risau suami akan berkecil hati atau marah. Masalah ini boleh mempengaruhi kehidupan seharian isteri anda. Dengan itu anda haruslah peka dengan situasi ini dan berusahalah bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan nafkah batin nya dan penuhi keinginan fantasinya.

Kedua – dua perkara di atas sentiasa bermain di fikiran seorang isteri apabila mereka di setubuhi anda. Gunakan ilmu ini untuk memuaskan isteri anda. – Kuat Batin

Catatan Popular